rd?????????ains Drawn? ????? ?? ???Rating: 0.0 (0 Ratings)??2 Grabs Today. 534 Total Grabs. ??????Preview?
? | ??Get the Code?? ?? ???????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Cli BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, December 11, 2009

Aktiviti 13 : Tugasan 4 - mini KT


1. Teori-teori, Strategi atau Kaedah yang boleh diguna/diadaptasi bagi setiap masalah.

KAEDAH SIMULASI

Definisi Simulasi

Simulasi merupakan satu gambaran abstrak sesuatu situasi sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau isu. Ia merupakan satu situasi yang diwujudkan untuk menyerupai keadaan sebenar dengan cara menggunakan masalah-masalah yang benar-benar wujud atau menyediakan situasi-situasi yang benar-benar wujud di dalam keadaan yang terkawal.

KAEDAH TUNJUK CARA/DEMONSTRASI

Definisi Demonstrasi

Tunjuk cara atau demontrasi ialah satu cara untuk melatih pelajar memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedur. Ia melibatkan demonstrasi guru atau seorang individu di hadapan kelas untuk menunjukan sesuatu aktiviti atau prosedur atau langkah. Cara ini sesuai untuk pengajaran tarian, lukisan, jimnastik atau menjalankan sesuatu aktiviti. Tiga jenis tunjukcara ialah model hidup, model simbolik dan model persepsi.

2. Kerangka Teoritikal, Konseptual dan Operasional Kajian

Kerangka teoritikal terbahagi kepada dua pembolehubah utama iaitu pemboleh ubah bersandar, pemboleh ubah tidak bersandar.
  • pembolehubah tidak bersandar yang dikenalpasti kaedah simulasi yang dijalankan.
  • pembolehubah bersandar adalah minat, keaktifan pelajar dan pencapaian pelajar.

Kajian ini melihat kaedah simulasi yang dijalankan mampu meningkatkan minat pelajar terhadap pembelajaran, pelajar akan bergerak aktif serta meningkatkan tahap pencapaian pelajar.

Definisi Konseptual adakalanya dirujuk sebagai definisi teori yang harus bersandarkan kepada sesuatu teori atau lebih diperkukuhkan oleh kajian-kajian lepas. Ia lebih memberi maksud abstrak atau umum.

Definisi Operasional kajian pula ialah definisi yang digunakan oleh penyelidik untuk menjelaskan responden, pemboleh ubah yang hendak diuji atau dimanipulasi dalam kajian. Ia memberi gambaran bagaimana konsep yang hendak dikaji itu boleh diperhatikan atau dimanipulasikan.
  • simulasi - simulasi ialah suatu metodologi untuk melaksanakan percubaan dengan menggunakan model dari satu sistem nyata (Siagian, 1987).Menurut Hasan (2002), simulasi merupakan satu model pengambilan keputusan dengan mencontoh atau mempergunakan gambaran sebenarnya dari suatu sistem kehidupan dunia nyata tanpa harus mengalaminya pada keadaan yang sesungguhnya.Simulasi adalh suatu teknik yang dapat digunakan untuk memformulasikan dan memecahkan model-model dari golongan yang luas.Golongan atau kelas ini sangat luasnya sehingga dapat dikatakan 'jika semua cara yang lain gagal,cubalah simulasi' (Schroeder,1997).
  • pembelajaran - Menurut ahli psikologi, pembelajaran adalah perubahan tingkah laku yang
    kekal hasil pengalaman-pengalaman yang pernah dilalui. Definisi umum yang diterima pula ialah sebarang perubahan yang kekal secara relatifnya dalam gelagat (tingkah laku) yang berlaku disebabkan oleh pengalaman (Robbins, 2002). Burton (1963) menyatakan bahawa pembelajaran adalah sesuatu perubahan yang berlaku pada individu akibat daripada interaksi antara individu dan persekitaran. Individu yang ingin mendapat perubahan adalah disebabkan oleh keperluan dan kehendak supaya lebih berkeupayaan menangani masalah. Menurut Hilgard dan Atkinson (1967), pembelajaran didefinisikan sebagai sesuatu perubahan yang berlaku pada tingkahlaku seseorang hasil daripada sesuatu perbuatan. Manakala Borger dan Seaborne (1966) pula menyatakan pembelajaran merupakan sesuatu perubahan yang berlaku pada tingkah laku seseorang hasil daripada sesuatu pengalaman. Kedua-dua definisi ini menekankan bahawa perubahan tingkah laku merupakan elemen yang penting dalam pembelajaran.

Wednesday, December 2, 2009

TUGASAN 1 : Ulasan Buku

Buku : Action Research : Teachers as Researchers in the Classroom
Penulis : Craig A. Mertler


MAKSUD KAJIAN TINDAKAN
Kajian tindakan merupakan kajian yang dilakukan secara sistematik oleh guru-guru yang bertujuan untuk mengumpul maklumat tentang bagaimana sekolah-sekolah mereka beroperasi, bagaimana pengajaran mereka dan bagaimana pembelajaran pelajar mereka. Kajian ini dibuat oleh guru juga untuk guru-guru dengan kerjasama pelajar-pelajar dan rakan sejawat. Proses asas di dalam kajian tindakan mempunyai empat peringkat iaitu merancang, melaksanaan, memantau dan refleksi dan proses ini sentiasa berulang-ulang dan bergerak dalam satu kitaran yang berterusan. dan refleksi guru merupakan proses yang paling penting.


MENGAPA GURU MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN
Kajian tindakan adalah cara yang berkesan untuk merapatkan jurang antara teori dan amalan, di samping itu bagi meningkatkan amalan pendidikan, memberi kuasa kepada guru-guru untuk membuat keputusan, untuk mengenalpasti masalah-masalah pendidikan dan menyelesaikannya, menyediakan peluang-peluang untuk guru mengembangkan profesyen perguruan, dan untuk memberi pengetahuan kepada guru-guru novis atau guru-guru pelatih.


PROSEDUR KAJIAN
Kajian tindakan bergerak dalam satu kitaran yang berterusan melibatkan empat peringkat iaitu merancang, perlaksanaan, memantau dan refleksi.

Pada peringkat merancang mempunyai 4 langkah iaitu mengenalpasti permasalahan tajuk, mengumpul maklumat, mengkaji kajian-kajian lepas yang berkaitan dan membina perancangan-perancangan kajian.

Semasa peringkat perlaksanaan perkara yang dilakukan adalah melaksanakan perancangan dan mengumpul data serta menganalisis data tersebut.

Selepas perlaksanaan dilakukan, proses pemantauan mengenai perlaksanaan apa yang dirancang dilakukan. Kemudian melakukan proses refleksi iaitu dengan berkongsi mengenai dapatan kajian dan merefleksi keseluruhan proses.


PENGUMPULAN DATA
Terdapat dua jenis data iaitu data kuantitatif dan data kualitatif.

Data kualitatif biasanya dikumpul melalui pemerhatian, temubual atau jurnal atau dengan mendapatkan dokumen-dokumen dan rekod-rekod yang sah. Pemerhatian mestilah dilakukan dengan teliti dan secara sistematik dan merakam apa yang dilihat dan didengar pada latar yang diberi. Pemerhatian yang dilakukan di dalam bilik darjah boleh dilakukan secara berstruktur, separa berstruktur dan tidak berstruktur. Pemerhatian ini dicatatkan di dalam bentuk nota tulisan yang mempunyai ulasan-ulasan daripada pemerhati. Temu bual merupakan perbualan formal antara individu yang mungkin distruktur, separa berstruktur atau terbuka. Temu bual ini juga boleh dikendalikan melalui email. Adalah penting untuk seorang guru yang melakukan kajian untuk mewujudkan kebolehpercayaan data mereka iaitu ternasuk ketepatan, kredibiliti dan kebergantungan satu data kualitatif.

Data kuantitatif pula merupakan data yang bernombor dan termasuk data yang boleh dikira, dijumlah atau dinilai. Soal selidik adalah satu tinjauan melibatkan soalan-soalan atau kenyataan-kenyataan yang ditadbir dalam bentuk bertulis. Item-item pada soalan-soalan mungkin terdiri daripada soalan jenis terbuka dan soalan berbentuk penilaian berskala.

Tinjauan pendapat dan penilaian berskala adalah berkesan untuk mengumpul data daripada beberapa individu dengan serentak tetapi kadang-kadang memakan masa bagi menganalisis. Senarai semak adalah penilaian berskala yang ringkas di mana hanya pemilihan jawapan yang disediakan. Kesahihan data kuantitatif adalah di mana takat data tersebut boleh dipercayai.


MENGANALISIS DATA
Menganalisis data kualitatif adalah satu proses induktif yang melibatkan pengurangan maklumat yang telah dikumpul dengan menyusun ia kepada pola-pola penting. Pengurangan data kualitatif dicapai melalui skema pengekodan, iaitu digunakan untuk menggabungkan data yang mempunyai maklumat yang sama.

Merefleksi sepanjang proses analisis induktif adalah suatu yang penting untuk mngekalkan objektif dan berfikiran terbuka semasa mendapat pemahaman lebih baik mengenai data-data yang diperolehi.

Analisis data kuantitatif adalah satu proses deduktif, menggunakan deskriptif atau berdasarkan inferens statistik. Statistik deskriptif (statistik huraian) adalah prosedur-prosedur matematik yang ringkas yang digunakan untuk memudahkan, meringkaskan dan menyusun jumlah data berangka yang besar.
Inferens statistik digunakan untuk menentukan bagaimana hasil statistik adalah untuk populasi keseluruhan, berdasarkan pengumpulan data daripada sampel yang lebih kecil daripada populasi tersebut.

Friday, November 20, 2009

Aktiviti 9:Tugasan 4 - Mini KT

MATLAMAT KAJIAN

Melalui kaedah simulasi ini dapat memberikan pelajar pengalaman sebenar bagi membolehkan mereka mengaplikasi dalam kehidupan seharian.


OBJEKTIF KAJIAN

  • Menarik minat pelajar untuk mempelajari matapelajaran matematik dan kemahiran hidup.
  • Meningkatkan kefahaman pelajar dalam matapelajaran matematik dan kemahiran hidup.

PERSOALAN KAJIAN

  • Adakah penggunaan kaedah simulasi boleh menarik minat pelajar dalam matapelajaran matematik dan kemahiran hidup?
  • Adakah penggunaan kaedah simulasi sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi matapelajaran matematik dan kemahiran hidup?

Aktiviti 8:Tugasan 4 - Mini KT

CADANGAN-CADANGAN UNTUK MENGATASI KELEMAHAN

Pendapat individu

  • Persediaan yang rapi harus dilakukan sebelum sesuatu proses PnP dilakukan iaitu penjelasan yang jelas diberikan kepada setiap pelajar dan peralatan yang lengkap harus disediakan.

Pendapat kumpulan

  • Guru perlulah lebih kreatif dan sensitif dalam pengajaran
  • Menyediakan kaedah-kaedah simulasi yang berbeza mengikut tahap pengusaan pelajar mengenai topik yang sama.

Pendapat kumpulan lain

  • Guru membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan kecil agar pembahagian peranan adalah sama rata pada setiap pelajar.Apabila pelajar dipecahkan pada kumpulan kecil (4-5 orang) pelajar akan melibatkan diri dan secara tidak langsung dapat memberi komitmen sepenuhnya kepada kumpulan.

Mengikut literature review

Teacher must be sensitive to the needs of their students and dedicated themselves to the improvement of student learning as their primary professional objective (NCTM, 1980).

Aktiviti 7:Tugasan 4 - Mini KT

KELEMAHAN MENGGUNAKAN KAEDAH SIMULASI DALAM PENGAJARAN MATEMATIK DAN KEMAHIRAN HIDUP


Pengalaman secara individu

  • Kejayaan menggunakan Kaedah Simulasi adalah bergantung kepada persiapan yang rapi.
  • Pelajar yang lebih banyak melibatkan diri lebih banyak mendapat manfaat dan pengalaman berbanding dengan murid yang lain.

Pengalaman dalam kumpulan

  • Kaedah ini tidak sesuai digunakan pada semua topik pengajaran tetapi hanya menjurus kepada topik-topik tertentu sahaja
  • Bagi pelajar pendidikan khas,ianya agak sukar untuk mencapai objektif pembelajaran kerana mereka sukar untuk dikawal dan diuruskan
  • Tahap penguasaan yang berbeza juga menjadi kekangan utama kerana tidak boleh untuk 'synchronize' simulasi yang sama kepada semua pelajar.

Pengalaman dari kumpulan lain

  • Kaedah ini melibatkan kombinasi kawasan-kawasan sekitar sekolah. Oleh itu, guru akan mengalami masalah dalam mengawal pelajar. Bagi kelas pelajar cerdas, guru mudah menguruskan mereka. Manakala, bagi kelas pelajar lemah, guru sukar untuk mengaplikasikan kaedah ini.

Berdasarkan literature review (buku dan jurnal)

Setiap pendidik mestilah bertanggungjawab untuk memiliki dan mengekalkan keterampilan (competency) dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengambil kira keperluan dan tahap pencapaian para pelajar (NCTM , 1980)


Aktiviti 6:Tugasan 4 - Mini KT

KEKUATAN MENGGUNAKAN KAEDAH SIMULASI DALAM PENGAJARAN MATEMATIK DAN KEMAHIRAN HIDUP


Pengalaman secara individu

  • Memberi peluang kepada murid untuk memikirkan cara penyelesaian secara spontan dalam situasi bermasalah yang diwujudkan.
  • Membawa kepada suasana pembelajaran yang berkesan, seronok dan menarik.

Pengalaman dalam kumpulan

  • Dengan simulasi pelajar dapat pengalaman sebenar dan dapat mengaplikasi dalam situasi tertentu yang berkaitan.
  • Dapat meningkatkan daya kefahaman pelajar dan menjana pemikiran lebih kreatif.

Pengalaman dari kumpulan lain

  • Pelajar dapat mengalami dengan sendiri situasi tersebut. Malahan sebarang kemusykilan atau ketidak fahaman, pelajar dapat bertanya terus pada guru.
  • Pelajar dapat aplikasikan sendiri di rumah. Bukan sekadar belajar di sekolah dan di atas buku semata-mata.

Berdasarkan literature review (buku dan jurnal)

Menurut Tg.Zawawi,1997a , kemahiran mengira yang melibatkan daya pemikiran dan kreativiti yang tinggi ianya memerlukan kefahaman sesuatu konsep dengan tepat da menyeluruh.

Friday, November 13, 2009

KELAS 14 NOV : AKTIVITI 4

Tajuk Mini Kajian Tindakan:
Penggunaan Kaedah Simulasi bagi Meningkatkan Kefahaman Pelajar dalam Matapelajaran Matematik dan Kemahiran Hidup.
  • Sample kajian - pelajar sekolah
  • Setting kajian - di dalam bilik darjah dan sekitar sekolah

Sunday, November 8, 2009

KELAS 8 NOV:Aktiviti 5

Mengapa guru novis atau guru berpengalaman perlu melakukan kajian tindakan??

Guru novis perlu melakukan kajian tindakan dalam bilik darjah untuk menambahkan pengetahuan dan melakukan penambahbaikan terhadap sesuatu amalan. Kajian tindakan juga merupakan satu proses pengembangan profesion keguruan itu sendiri dalam meningkatkan kualiti P&P.Manakala melalui kajian tindakan, guru berpengalaman boleh mengemukakan kaedah-kaedah atau teori-teori baru berdasarkan pengalaman dan amalan yang dilakukan di dalam bilik darjah. Kaedah-kaedah serta teori-teori ini boleh dijadikan panduan oleh guru novis.

Saturday, November 7, 2009

Aktiviti 2: JURNAL

Tajuk 1 : A case study of engaging primary school students in learning science by using Active Worlds

  • Kajian ini mengkaji penglibatan pelajar sekolah rendah menggunakan ‘Active World’ iaitu pembelajaran secara tayangan video 3Ddalam pembelajaran sains untuk meningkatkan kefahaman pelajar dalam topik planet.
  • FoKus kepada pelajar yang mempunyai markah rendah dalam sains.
  • 10 orang pelajar sekolah rendah (4 lelaki dan 6 perempuan) dari 5 kelas yang berasingan.
  • Umur pelajar majoritinya 11 tahun
  • Kajian dilakukan di dalam makmal komputer
  • Memberikan tugasan kepada sampel untuk dilakukan secara individu
  • Tugasan yang diberikan mempunyai 8 sesi dan setiap sesi adalah 2 jam
  • Kajian ini dilakukan pada waktu cuti sekolah
  • Sampel diminta untuk membuat 9 buah planet diangkasa(3D)dengan memberikan penerangan yang tepat menggunakan ‘active world’


Tajuk 2 : Minute Math : An Action Research Study of Student Self-Assesment

  • Kajian ini mengkaji penilaian kendiri pelajar terhadap matapelajaran matematik (fokus pada sifir)
  • Projek"minute math" yang digunakan oleh pengkaji adalah untuk meningkatkan tahap pemahaman pelajar tentang matapelajaran matematik dan bukan sekadar menghafal sifir sahaja(fokus pada sifir)
  • Sampel dan setting - 41 orang pelajar dan dilakukan di dalam bilik darjah.
  • Memberikan soalan sifir (100 soalan) yang memerlukan pelajar menjawab selama 5 minit sahaja
  • Ujian ini dijalankan 1 kali seminggu selama 10 minggu
  • Setiap markah yang diperolehi dicatat dan meminta pelajar membuat target markah yang akan mereka perolehi minggu hadapan
  • Pengkaji meminta pelajar membuat refleksi pada kad refleksi yang mengandugi “GPAR” (goal,plan,action,refleksi)
  • Pengumpulan data - menggunakan markah sebenar dan markah ramalan pelajar, refleksi pelajar dan temuramah.


Tajuk 3 : The Effect of Computer-Based Mathematics on Problem Solving

Kajian ini adalah untuk menguji kesan dari 'pembelajaran matematik menggunakan komputer' dalam penyelesaian masalah dan tingkah laku pelajar. Program EDUTEST digunakan dalam kajian pembelajaran matematik menggunakan komputer ini. Program komputer Edutest memfokuskan pada strategi penyelesaian masalah, geometry, pengukuran dan kebarangkalian. Dalam kajian, pelajar akan belajar sendiri dengan berpandukan pada garis panduan komputer.Dalam kajian ini, ujian awal dan ujian akhir diberikan oleh guru untuk mengukur tahap pencapaian pelajar.

Tajuk 4 : Teacher Attitudes about Classroom Conditions

  • Pernyataan masalah - untuk mengkaji hubungan antara sikap guru tentang keadaan bilik darjah kerana ada guru yang merasa kecewa dan terkilan kerana tidak berpuas hati dengan keaadaan bilik darjah sehingga mendorong mereka untuk meninggalkan profession perguruan.
  • Sampel kajian - Guru-guru dari 11 buah sekolah terpilih yang bangunannya yang tidak memuaskan dan guru-guru dari 11 buah sekolah terpilih yang mempunyai bangunan yang sempurna.
  • Pengumpulan data - melalui soal selidik secara online.
  • Hasil dapatan - perbezaan di antara tindak balas di antara guru-guru dari sekolah yang mempunyai bangunan yang selesa berbanding dengan guru-guru dari sekolah yang mempunyai bangunan yang kurang berpuas hati. Persekitaran mempengaruhi sikap guru dan guru produktiviti mereka.

Tajuk : The Impact of Group Selection on Student Performance and Satisfaction

  • Permasalahan - Mengkaji samada prestasi dan sikap pelajar boleh dipertingkatkan melalui proses pemilihan kumpulan. Samada kumpulan di bentuk berdasarkan secara rawak berpasangan dengan kawan yang dipilih sendiri atau ditetapkan kumpulan mereka secara rawak.
  • Sampel kajian – melibatkan 110 pelajar yang terdiri daripada 4 kelas.
  • Setting kajian – Midwestern US University
  • Prosedur – Setiap pelajar daripada kelas yang sama ditetapkan samada untuk memilih pasangan secara berpasangan dengan kawan yang dipilih sendiri atau ditetapkan kumpulan mereka secara rawak. Pelajar diminta menyiapkan aktiviti dan projek di dalam kumpulan masing-masing.
  • Pengumpulan data – berdasarkan markah projek dan kepuasan hati pelajar (melalui soalan kaji selidik)
  • Hasil dapatan – Sikap pelajar lebih positif apabila mereka dibenarkan memilih pasangan atau ahli kumpulan mereka sendiri.

KELAS 8 NOV:Aktiviti 1: Apa maksud kajian tindakan?

Buku : Action Reserch : Teachers as Researcher in the Classroom
Author : Craig A. Mertler

Rumusan individu -->Inkuiri yang sistematik yang dilakukan oleh guru, pihak pentadbir, kaunselor dan lain-lain pihak di dalam proses pengajaran dan pembelajaran atau bertujuan untuk menggabungkan maklumat tentang bagaimana sekolah tertentu beroperasi, bagaimana pengajaran mereka, dan bagaimana pembelajaran pelajar-pelajar.

Rumusan kumpulan --> Kajian tindakan merupakan satu penyelidikan yang sistematik yang dijalankan oleh pelbagai pihak seperti guru, kaunselor,pihak pentadbir dan lain-lain untuk mendapatkan maklumat mengenai sesuatu organisasi, serta proses meningkatkan dan membaikpulih amalan yang sedia ada.

Pendapat lain --> Adalah satu kajian yang berbentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan oleh peserta dalam situasi sosial itu sendiri (pengamal/guru/pendidik) sebagai penyelidik dan melaksanakan tindakan praktik (intervensi) mereka sendiri yang bertujuan untuk membaiki atau meningkatkan kualiti amalan masing-masing, disamping meningkatkan kefahaman tentang amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan. Ia melibatkan proses refleksi, merancang, melaksanakan dan memerhati.

NOTA :Model-Model Kajian Tindakan

Model 1 : Piggot-Irvine's Action Research Model
Model kajian tindakan Eileen Piggot-Irvine (2006),
Model 2 : Riel's Action Research Model
Model Margaret Riel (2007) dapat menyelesaikan masalah secara progresif melalui 4 langkah iaitu : merancang, mengambil tindakan, mengumpul bukti dan refleksi.

Model 3 : Bachman's Action Research Spiral

Lingkaran kajian tinakan Lorenz Bachman (2001), menunjukkan lingkaran ke bawah iaitu mencadangkan penggabungan maklumat, tindakan perancangan, pemerhatian dan menilai semua tindakan, dan kemudian merefleks dan merancang kitaran baru, berdasarkan hasil yang diperoleh di dalam kitaran sebelumnya.


Model 4 : Calhoun's Action Research Cycle
Emily Calhoun's (1994) kitaran kajian tindakan, walaupun tidak seperti lingkaran, ia tetap menunjukkan proses perkitaran. Garis tanpa putus menunjukkan arah utama kitaran kajian tindakan melalui fasa mengikut urutan nombor. Manakala garis putus menunjukkan pergerakan ke belakang dan ke hadapan di dalam kitaran seperti penapisan maklumat diperlukan.


Model 5 : Lewis's Action Research Spiral
Kurt Lewin (Smith, 2007) - menggambarkan satu lingkaran kajian tindakan iaitu termasuk pencarian fakta, perancangan, mengambil tindakan, menilai dan memperbaiki rancangan, sebelum bergerak kepada tindakan kedua.


Model 6 : Stringer's Action Research Interacting Spiral

Ernest Stringer (2007), di dalam modelnya menerangkan kajian tindakan adalah rangka kerja yang ringkas tetapi berkuasa iaitu rutin 'lihat, fikir dan bertindak'. Setiap peringkat mempunyai proses pemerhatian, refleksi, dan kemudian mengambil tindakan. Tindakan ini mendorong kepada peringkat seterusnya.

NOTA : Konsep Kajian Tindakan

  • Kajian tindakan bergerak dalam satu kitaran yang berterusan yang melibatkan empat peringkat iaitu tinjauan, perancangan, pelaksanaan dan refleksi (Kemmis & Mctaggart, 1988).
  • Kajian tindakan merupakan satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan kualiti penidikan melalui perubahan dengan menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia mengubahnya (McNiff, 1988).
  • Ia melibatkan guru dalam inkuiri yang dijalankan oleh mereka secara melibatkan guru-guru lain secara bersama (McNiff, 1988).
  • Kajian tindakan sebagai satu kajian terhadap situasi sosial yang melibatkan peserta dalam situasi sosial itu sendiri sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan masing-masing.

Monday, November 2, 2009

LAPORAN 2 : Aplikasi Pengubahsuaian Tingkahlaku Ke Atas Pelajar Pendidikan Khas Menggunakan Teori Pelaziman Operan

Pembentang : Badrol Hisham b. Majid, Junaidon b. Abdul Majid dan Hafis b. Mohamad Dom

KESESUAIAN TAJUK : Tajuk di atas sesuai dengan maksud kajian tindakan kerana, maksud kajian tindakan itu sendiri menyatakan satu kajian yang dijalankan bertujuan untuk pengubahsuaian atau penambahbaikan amalan yang sedia ada. Perkataan "Pengubahsuaian" itu dimaksudkan dengan penambahbaikan kepada amalan.



Pernyataan Masalah


  1. Subjek sering melakukan perkara yang tidak diingini di dalam kelas.
  2. Keadaan ini menyebabkan pelajar lain merasa terganggu dengan perlakuan subjek.

Metodologi, Setting kajian, Sampel kajian

  1. Metodologi
  • Menggunakan teori Pelaziman Operan
  • Prosedur kajian melibatkan merancang, tindakan, pemerhatian dan refleksi.

2. Setting kajian

  • Program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Menengah Tun Tuah.

3. Sampel kajian

  • Seorang pelajar down sindrom

Pengumpulan dan Penganalisisan Data

  • Pengumpulan data adalah melalui pemerhatian.
  • berdasarkan pemerhatian yang dibuat, didapati bahawa:

~ Nasihat dan teguran ---> subjek masih melakukan perbuatan negatif

~ Penggunaan radio ---> subjek akan melakukan perbuatan negatif semula

~ Peralatan muzik ---> subjek masih melakukan perbuatan negatif

~ Denda ---> subjek subjek semakin kurang melakukan perbuatan negatif

Implikasi Kajian

  • Dengan menggunakan teori Pelaziman Operan dapat mengurangkan tingkahlaku negatif subjek iaitu dengan menggunakan denda.

Apa yang dipelajari daripada kajian tersebut:

  • Dengan menggunakan teori Pelaziman Operan dan denda, tingkahlaku negatif seseorang dapat dikurangkan.
  • Dengan hanya menggunakan seorang subjek sebagai sampel kajian, kajian tindakan tetap boleh dijalankan.

LAPORAN 1 : Meningkatkan Kemahiran Mengingat Pelajar Dalam Bab Ibadah Subjek Pendidikan Islam Melalui Teknik Pantun

Dibentangkan oleh : Nurul Hidayah Mad Yatin dan Nazirah Alias

KESESUAIAN TAJUK : Tajuk di atas sesuai dengan maksud kajian tindakan iaitu satu kajian yang dijalankan bertujuan untuk penambahbaikan kepada amalan yang sedia ada. Perkataan "Meningkatkan" yang digunakan itu adalah merujuk kepada penambahbaikan.


Pernyataan Masalah

  1. Pelajar-pelajar susah untuk mengingati fakta penting dalam bahagian ibadah.
  2. Pelajar kurang berminat untuk memahami dan menghayati apa yang dipelajari.

Metodologi, sampel setting, sampel kajian

  1. Metodologi
  • model kajian adalah menggunakan Model Kemmis yang mempunyai prosedur kajian yang melibatkan refleksi, merancang, bertindak dan memerhati.
  • kaedah kajian adalah teknik pendekatan pantun yang melibatkan pemerhatian, ujian dan temubual dengan pelajar bagi memperoleh hasil dapatan kajian.

2. Sample setting

  • SMK Cheras Jaya

3. Sampel kajian

  • Melibatkan semua pelajar tingkatan 1.

Pengumpulan dan Penganalisisan Data

  1. Melalui pemerhatian iaitu melihat bagaimana penglibatan dan penyertaan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
  2. Mengadakan ujian untuk menentukan samada pelajar dapat menjawab soalan dengan baik atau tidak.
  3. Melalui temubual dengan pelajar.

Implikasi Kajian

  1. Dapat meningkatkan kebolehan pelajar mengingat fakta melalui pantun kerana pelajar dapat menjawab soalan-soalan ujian dengan baik.
  2. Berdasarkan penglibatan dan penyertaan pelajar bersama guru dapat mengukur bahawa pelajar berminat terhadap topik ini.
  3. Keberkesanan pendekatan pantun dalam bahagian ibadah dapat diketahui melalui hasil temubual yang positif dengan pelajar.

Apa yang dapat dipelajari daripada kajian ini:

  1. Pendekatan pantun ini juga boleh digunakan di dalam topik yang lain selain ibadah dan juga lain-lain matapelajaran.
  2. Dapat mengetahui secara asas bagaimana cara-cara untuk membuat kajian tindakan kelak.

Tuesday, October 27, 2009

TUGASAN KELAS:Mengapa Kajian Tindakan Penting Bagi Seorang Guru??

  • mencari penyelesaian kepada sesuatu masalah yang timbul
  • meningkatkan kualiti modal insan
  • menambah baikkan teknik pengajaran yang sedia ada
  • membantu guru menghadapi cabaran dan masalah dalam proses PnP
  • memperbaiki prestasi sebagai seorang guru dan menambah kepuasan kerja
  • meningkatkan mutu pendidikan seiring dengan falsafah pendidikan negara
  • dapat menyelasaikan masalah-masalah profesional tanpa arahan daripada pihak luar
  • membawa pembaharuan dan kemajuan melalui refleksi kendiri dan usaha kendiri
  • menambah pengetahuan tentang proses PnP dan teori yang boleh dijadikan rujukan oleh guru-guru lain
  • memberi peluang untuk mengukuhkan asas pengetahuan profesion perguruan