rd?????????ains Drawn? ????? ?? ???Rating: 0.0 (0 Ratings)??2 Grabs Today. 534 Total Grabs. ??????Preview?
? | ??Get the Code?? ?? ???????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Cli BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, December 2, 2009

TUGASAN 1 : Ulasan Buku

Buku : Action Research : Teachers as Researchers in the Classroom
Penulis : Craig A. Mertler


MAKSUD KAJIAN TINDAKAN
Kajian tindakan merupakan kajian yang dilakukan secara sistematik oleh guru-guru yang bertujuan untuk mengumpul maklumat tentang bagaimana sekolah-sekolah mereka beroperasi, bagaimana pengajaran mereka dan bagaimana pembelajaran pelajar mereka. Kajian ini dibuat oleh guru juga untuk guru-guru dengan kerjasama pelajar-pelajar dan rakan sejawat. Proses asas di dalam kajian tindakan mempunyai empat peringkat iaitu merancang, melaksanaan, memantau dan refleksi dan proses ini sentiasa berulang-ulang dan bergerak dalam satu kitaran yang berterusan. dan refleksi guru merupakan proses yang paling penting.


MENGAPA GURU MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN
Kajian tindakan adalah cara yang berkesan untuk merapatkan jurang antara teori dan amalan, di samping itu bagi meningkatkan amalan pendidikan, memberi kuasa kepada guru-guru untuk membuat keputusan, untuk mengenalpasti masalah-masalah pendidikan dan menyelesaikannya, menyediakan peluang-peluang untuk guru mengembangkan profesyen perguruan, dan untuk memberi pengetahuan kepada guru-guru novis atau guru-guru pelatih.


PROSEDUR KAJIAN
Kajian tindakan bergerak dalam satu kitaran yang berterusan melibatkan empat peringkat iaitu merancang, perlaksanaan, memantau dan refleksi.

Pada peringkat merancang mempunyai 4 langkah iaitu mengenalpasti permasalahan tajuk, mengumpul maklumat, mengkaji kajian-kajian lepas yang berkaitan dan membina perancangan-perancangan kajian.

Semasa peringkat perlaksanaan perkara yang dilakukan adalah melaksanakan perancangan dan mengumpul data serta menganalisis data tersebut.

Selepas perlaksanaan dilakukan, proses pemantauan mengenai perlaksanaan apa yang dirancang dilakukan. Kemudian melakukan proses refleksi iaitu dengan berkongsi mengenai dapatan kajian dan merefleksi keseluruhan proses.


PENGUMPULAN DATA
Terdapat dua jenis data iaitu data kuantitatif dan data kualitatif.

Data kualitatif biasanya dikumpul melalui pemerhatian, temubual atau jurnal atau dengan mendapatkan dokumen-dokumen dan rekod-rekod yang sah. Pemerhatian mestilah dilakukan dengan teliti dan secara sistematik dan merakam apa yang dilihat dan didengar pada latar yang diberi. Pemerhatian yang dilakukan di dalam bilik darjah boleh dilakukan secara berstruktur, separa berstruktur dan tidak berstruktur. Pemerhatian ini dicatatkan di dalam bentuk nota tulisan yang mempunyai ulasan-ulasan daripada pemerhati. Temu bual merupakan perbualan formal antara individu yang mungkin distruktur, separa berstruktur atau terbuka. Temu bual ini juga boleh dikendalikan melalui email. Adalah penting untuk seorang guru yang melakukan kajian untuk mewujudkan kebolehpercayaan data mereka iaitu ternasuk ketepatan, kredibiliti dan kebergantungan satu data kualitatif.

Data kuantitatif pula merupakan data yang bernombor dan termasuk data yang boleh dikira, dijumlah atau dinilai. Soal selidik adalah satu tinjauan melibatkan soalan-soalan atau kenyataan-kenyataan yang ditadbir dalam bentuk bertulis. Item-item pada soalan-soalan mungkin terdiri daripada soalan jenis terbuka dan soalan berbentuk penilaian berskala.

Tinjauan pendapat dan penilaian berskala adalah berkesan untuk mengumpul data daripada beberapa individu dengan serentak tetapi kadang-kadang memakan masa bagi menganalisis. Senarai semak adalah penilaian berskala yang ringkas di mana hanya pemilihan jawapan yang disediakan. Kesahihan data kuantitatif adalah di mana takat data tersebut boleh dipercayai.


MENGANALISIS DATA
Menganalisis data kualitatif adalah satu proses induktif yang melibatkan pengurangan maklumat yang telah dikumpul dengan menyusun ia kepada pola-pola penting. Pengurangan data kualitatif dicapai melalui skema pengekodan, iaitu digunakan untuk menggabungkan data yang mempunyai maklumat yang sama.

Merefleksi sepanjang proses analisis induktif adalah suatu yang penting untuk mngekalkan objektif dan berfikiran terbuka semasa mendapat pemahaman lebih baik mengenai data-data yang diperolehi.

Analisis data kuantitatif adalah satu proses deduktif, menggunakan deskriptif atau berdasarkan inferens statistik. Statistik deskriptif (statistik huraian) adalah prosedur-prosedur matematik yang ringkas yang digunakan untuk memudahkan, meringkaskan dan menyusun jumlah data berangka yang besar.
Inferens statistik digunakan untuk menentukan bagaimana hasil statistik adalah untuk populasi keseluruhan, berdasarkan pengumpulan data daripada sampel yang lebih kecil daripada populasi tersebut.

0 comments: