Dibentangkan oleh : Nurul Hidayah Mad Yatin dan Nazirah Alias
KESESUAIAN TAJUK : Tajuk di atas sesuai dengan maksud kajian tindakan iaitu satu kajian yang dijalankan bertujuan untuk penambahbaikan kepada amalan yang sedia ada. Perkataan "Meningkatkan" yang digunakan itu adalah merujuk kepada penambahbaikan.
Pernyataan Masalah
- Pelajar-pelajar susah untuk mengingati fakta penting dalam bahagian ibadah.
- Pelajar kurang berminat untuk memahami dan menghayati apa yang dipelajari.
Metodologi, sampel setting, sampel kajian
- Metodologi
- model kajian adalah menggunakan Model Kemmis yang mempunyai prosedur kajian yang melibatkan refleksi, merancang, bertindak dan memerhati.
- kaedah kajian adalah teknik pendekatan pantun yang melibatkan pemerhatian, ujian dan temubual dengan pelajar bagi memperoleh hasil dapatan kajian.
2. Sample setting
- SMK Cheras Jaya
3. Sampel kajian
- Melibatkan semua pelajar tingkatan 1.
Pengumpulan dan Penganalisisan Data
- Melalui pemerhatian iaitu melihat bagaimana penglibatan dan penyertaan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
- Mengadakan ujian untuk menentukan samada pelajar dapat menjawab soalan dengan baik atau tidak.
- Melalui temubual dengan pelajar.
Implikasi Kajian
- Dapat meningkatkan kebolehan pelajar mengingat fakta melalui pantun kerana pelajar dapat menjawab soalan-soalan ujian dengan baik.
- Berdasarkan penglibatan dan penyertaan pelajar bersama guru dapat mengukur bahawa pelajar berminat terhadap topik ini.
- Keberkesanan pendekatan pantun dalam bahagian ibadah dapat diketahui melalui hasil temubual yang positif dengan pelajar.
Apa yang dapat dipelajari daripada kajian ini:
- Pendekatan pantun ini juga boleh digunakan di dalam topik yang lain selain ibadah dan juga lain-lain matapelajaran.
- Dapat mengetahui secara asas bagaimana cara-cara untuk membuat kajian tindakan kelak.
0 comments:
Post a Comment